-sEnyUmla..sEikHlas hAtimU...-

-miLikilAh.. sEbUaH hAti Yg tidAk pErnAh mEmbEncI... sEbuAh sEnyUmaN yG tAk peRnaH puDAr... sEbuAh kEleMbuTan yG tAk mNyakiTi... dAn... sEbuaH pErsahAbtaN yG takKan PErnah BerakHir...

1:55 PM

-biLa dAtiN rOsmaH dtg UsIm-

cOreTan -aHmaD sYukRiE kAruDin-

Pelancaran Program Permata Insan Di USIM Lahirkan Cendekiawan Islam


Pada 12 Mac yang lalu, USIM telah dipilih sebagai tempat pelancaran Program Permata Insan, khusus untuk mengenal pasti pelajar pintar untuk diberikan pendedahan dalam bidang pengajian akademik yang mana diintegrasikan dengan ilmu pengajian Islam bagi melahirkan cendekiawan Islam pada masa akan datang.

Program yang telah dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor itu, merupakan kesinambungan daripada Program Permata Pintar yang telah dilaksanakan pada tahun lepas yang mana telah terbukti keberkesanannya dalam mengenal pasti pelajar pintar untuk diberikan pendedahan yang bersesuaian dengan tahap akademik mereka.

Pelancaran Program Pemata Insan ini merupakan kerjasama di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang melibatkan para pelajar pintar yang berusia  lapan hingga 12 tahun yang mempunyai kecederungan dalam ilmu pengajian Islam.

0 comments: